Roti.

MASALAH BERZIKIR DENGAN BUAH TASBIH

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3612477195478252&id=100001480210614

SOALAN :

Adakah boleh sebenarnya berzikir dengan buah tasbih ini kerana ada pernah mendengar ia dilarang oleh orang salafi?

Apakah hukumnya buah tasbih dijadikan perhiasan seperti digantung dalam kenderaan?

JAWAPAN :

Menggunakan buah tasbih seperti batu atau biji-biji atau umpamanya sama ada yang diikat pada tali atau tiada dengan bilangan tertentu adalah harus dan tidak ada seorang pun ulamak salaf atau khalaf mengharamkannya kerana ia diamalkan oleh sebahagian sahabat r.a. dan Nabi saw telah pun membenarkannya.

HADITH-HADITH PENGUNAAN BUAH TASBIH

Telah diriwayatkan Sofiyah r.a. berkata ia :

دَخَلَ عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبَيْنَ يَدَيَّ أَرْبَعَةُ آلَافِ نَوَاةٍ أُسَبِّحُ بِهَا ، فَقَالَ : لَقَدْ سَبَّحْتِ بِهَذِهِ ، أَلَا أُعَلِّمُكِ بِأَكْثَرَ مِمَّا سَبَّحْتِ بِهِ ، فَقُلْتُ : بَلَى عَلِّمْنِي . فَقَالَ : قُولِي : سُبْحَانَ اللَّهِ عَدَدَ خَلْقِهِ

Artinya : “Telah datang kepadaku oleh Rasulullah saw dan di hadapanku terdapat empat ribu biji kecil yang aku buat bertasbih dengannya. Maka sabda Rasulullah : Apakah ini wahai anak perempuan bapa saudaraku? Aku berkata : Aku bertasbih dengan biji-biji ini. Bersabda Rasulullah : Sungguh kamu telah bertasbih dengannya. Adakah kamu mahu aku ajarkan dengan yang terlebih mudah dengan yang telah kamu tasbih dengannya ini? Kataku : Ya ajarilah aku. Sabda Rasulullah : Sebutlah سُبْحَانَ اللَّهِ عَدَدَ خَلْقِهِ.” (Hadith riwayat Imam Tirmizi dan Al-Hakim. Imam At-Tabarani dan Ibnu Hajar menyatakan hadith ini adalah hasan)

Berkata Syeikh Ali Al-Qari :

وهذا أصل صحيح لتجويز السبحة ، بتقريره صلى الله عليه وسلم فإنه في معناها ، إذ لا فرق بين المنظومة والمنثورة فيما يعد به ، ولا يعتد بقول من عدها بدعة” انتهى. نقله عنه في

Artinya : “Dan hadith ini adalah sumber yang sahih bagi mengharuskan penggunaan biji tasbih dengan kebenaran dari Nabi saw maka sungguhnya ia adalah pada maknanya kerana tiada ada beza antara biji-biji yang diikat atau yang terlerai pada barang yang dihitung dengannya.” (Tuhfatul Ahwazi Syarah Jami’ Tirmizi)

Dan diriwayatkan daripada Sa’ad bin Abi Waqas r.a. :

أَنَّهُ دَخَلَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى امْرَأَةٍ وَبَيْنَ يَدَيْهَا نَوًى – أَوْ قَالَ حَصًى – تُسَبِّحُ بِهِ ، فَقَالَ : أَلَا أُخْبِرُكِ بِمَا هُوَ أَيْسَرُ عَلَيْكِ مِنْ هَذَا أَوْ أَفْضَلُ ؟ سُبْحَانَ اللَّهِ عَدَدَ مَا خَلَقَ فِي السَّمَاءِ ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ عَدَدَ مَا خَلَقَ فِي الْأَرْضِ ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ عَدَدَ مَا بَيْنَ ذَلِكَ ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ عَدَدَ مَا هُوَ خَالِقٌ ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ مِثْلَ ذَلِكَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ مِثْلَ ذَلِكَ ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ مِثْلَ ذَلِكَ

Artinya : “Sungguhnya dia masuk bersama Rasulullah saw atas seorang perempuan yang ada di hadapannya biji-biji atau anak batu yang perempuan itu bertasbih dengannya. Maka Nabi bersabda : Adakah kamu mahu aku beritahu dengan yang terlebih mudah daripada ini atau terlebih afdhal? Yaitu bacaan : سُبْحَانَ اللَّهِ عَدَدَ مَا خَلَقَ فِي السَّمَاءِ ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ عَدَدَ مَا خَلَقَ فِي الْأَرْضِ ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ عَدَدَ مَا بَيْنَ ذَلِكَ ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ عَدَدَ مَا هُوَ خَالِقٌ ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ مِثْلَ ذَلِكَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ مِثْلَ ذَلِكَ ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ مِثْلَ ذَلِكَ.” (Hadith riwayat Tirmizi & Abu Daud)

Berkata Ibnu Hajar sebagaimana yang terdapat di dalam Kitab Al-Futuhat Syarah Al-Azkaar hadith ini ialah hadith sahih. Dan begitu juga Al-hakim telah mengsahihkannya.

Dan Al-Munziri menyebut di dalam Kitab At-Targhib Wa At-Tarhib hadith ini sanadnya sahih atau hasan.

Jelas pada hadith ini Nabi saw tidak melarang penggunaan biji-biji untuk bertasbih hanya baginda memberitahu ada cara yang lebih mudah dari itu.

Imam Ahmad meriwayatkan di dalam Musnadnya pada Bab Zuhud :

أن أبا الدرداء كان له نوى من نوى العجوة في كيس، فإذا صلى الغداة – الصبح – أخرجهن واحدة واحدة يسبح بهن حتى ينفدن.

Artinya : “Sungguhnya Abu Darda’ r.a. adalah baginya beberapa biji kurma di dalam satu karung maka apabila dia solat subuh dikeluarkannya satu demi satu dan bertasbih ia sampai habis.”

Dan Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan :

أن سعد بن أبى وقاص، كان يسبح بالحصى أو النوى، وأن أبا سعيد الخدري كان يسبح أيضا بالحصى

Artinya : “Sungguhnya Sa’ad bin Abi Waqas adalah dia bertasbih dengan anak batu atau biji dan sungguhnya Abu Said Al-Khudri adalah dia juga bertasbih dengan anak batu.”

Oleh kerana itu terjawab sudah bahawa hukum bertasbih atau berzikir dengan menggunakan buah tasbih adalah harus dan siapa yang mengatakan tidak harus maka perkataannya itu adalah batil.

FATWA ULAMAK PENGGUNAAN BUAH TASBIH

Berkata Imam Ibnu Najim Al-Hanafi :

لَا بَأْسَ بِاتِّخَاذِ السُّبْحَةِ الْمَعْرُوفَةِ لِإِحْصَاءِ عَدَدِ الْأَذْكَارِ

Artinya : “Tiada mengapa menggunakan biji-biji seperti yang diketahui ramai bagi menghitung bilangan zikir.” (Kitab Bahrul Ra’iq)

Dan juga dapat diketahui bahawa Nabi saw telah membenarkan penggunaan biji-biji untuk bertasbih maka kerana itulah tidak ada seorang pun ulamak sama ada salaf atau khalaf yang melarangnya melainkan orang-orang jahil yang sangat dungu.

Berkata Imam Suyuthi :

ولم ينقل عن أحد من السلف ولا من الخلف المنع من جواز عد الذكر بالسبحة بل كان أكثرهم يعدونه بها، ولا يرون ذلك مكروهًا

Artinya : “Tidak pernah didengar dari seorang pun dari ulamak salaf dan tidak dari ulamak khalaf melarang dari menghitung bilangan zikir dengan biji-biji bahkan adalah yang paling ramai dari para salaf dan khalaf menghitung zikir menggunakan biji-biji itu dan tidak ada mereka menganggapnya sebagai makruh.” (Kitab Al-Hawi Lil Fatawa)

Maka jelas di sini tidak ada seorang pun dari kalangan salaf mahupun khalaf yang melarang penggunaan buah tasbih untuk berzikir.

Maka dakwaan sebagaimana yang tersebut pada soalan itu adalah hukum yang bukan dikeluarkan oleh ulamak tetapi oleh orang jahil yang memandai-mandai masuk campur dalam urusan agama.

BUAH TASBIH SEBAGAI HIASAN

Adapun mengambil buah tasbih kemudian diletakkan pada umpama dinding rumah atau pejabat atau digantungkan di dalam kenderaan seperti banyak yang dilakukan oleh orang-orang maka jika digunakannya untuk berzikir pada ketika yang tertentu dan diletakkan di situ apabila tidak menggunakannya nescaya tidaklah menjadi kesalahan.

Akan tetapi jika dijadikan perhiasan semata-mata kerana meniru perbuatan orang lain maka hukumnya adalah sia-sia perbuatannya itu dan jika bertujuan menunjuk-nunjuk maka hukumnya tidak jauh daripada haram kerana sudah termasuk riak.

Tersebut pada fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Islam Baitul Maqdis :

وأما اتخاذ المسبحة لغير حاجة أو لأجل أن يظهرها للناس، ولم يكن غرضه منها الاستعانة بها على التسبيح فهذا يخشى أن يكون من الرياء المذموم

Artinya : “Dan adapun mengambil buah tasbih tanpa hajat atau kerana menunjukkannya kepada manusia dan bukannya tujuannya menggunakan untuk bertasbih maka dibimbangi bahawa adalah ia termasuk riak yang dicela.”

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Zikir.

E-punai.

Apa punya PH ni….

Org dah nak Raya, depa celah mabuk politik juga…

Masa PKP pun politik
Masa posa pun politik.
Masa dah nak raya pun politik…

Tak habeh2 politik..

Masa jadi kerajaan dulu pun, kerja x jalan pun, masa tu pun dok mabuk politik juga…

Yg dok mabuk2 sgt politik tu dok perjuang apa utk Rakyat ?

Rupanya mabuk2 sgt politik tu utk agih2 jawatan dan gaji gila2 Sama2 depa..
Utk rakyat haaauuu..

Rakyat depa x mau bagi tongkat dah..

Depa kata rakyat belajaq hidup susah..

Rakyat depa suruh sumbang dlm Tabung,
Yg depa pula dok agih habuan2 depa..

Mana dia sibuk2 politik tu..?

Org dah meluat dah..

Kalau setakat nabita boleh bagi e-punai rm30 saja tu, jgn mimpilah org akan pilih depa lagi…